BERITA SMKPA

BERITA SMKPA
LAKARAN SEJARAH SMK PUNCAK ALAM
Ditadbir bermula pada 1 Jun 2004 oleh En. Bibit Bin Hj.Marzuki dan Pn. Normaizatul Azura Binti Husin yang bertindak sebagai ‘caretaker’ oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Pelajar-pelajar memulakan sesi persekolahan pada 1 Julai 2004. Enrolmen tahun 2004 ialah 318 orang pelajar sahaja. Namun, bilangan pelajar meningkat dengan begitu pesat. Pada tahun 2005, pelajar SMK Puncak Alam berjumlah 828 orang dan 1072 orang pada tahun 2006. Diikuti pada tahun 2007, bilangannya bertambah kepada 1347 orang. Jumlah pelajar mencecah kepada 1688 orang pada tahun 2008. Bermula pada 28 Jun 2004 sehingga 13 Mac 2006 Pn.Rozanun Binti Mohd Nordin menjadi Pengetua pertama SMK Puncak Alam. Selepas persaraan beliau, SMKPA diterajui oleh Tuan Haji Abdul Khalid Bin Hj Jaafar mulai 15 Mei 2006. Sejak penubuhannya sehingga hari ini, SMKPA telah banyak melakar sejarah cemerlang dalam aspek kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.